7 Cara Bagaimana Hilangkan Pernah Rasa Kecewa di Hati



Jom pandang ke hadapan!
.
.
Cinta manusia kadang manis kadang pahit. Dan yng paling pahit ialah apabila cinta yang disemai tidak kesempaian. Antara aktiviti yang boleh kita lakuka untuk hilangkan bekas kecewa:

#1. Mulakan Aktiviti dengan Hobi Anda
Dengan melakukan aktiviti yang anda sukakan, anda akan dapat lupakan masalah walaupun untuk seketika. Dengan ini, anda akan rasa bebas daripada masalah dan tidak terfikirkan kekecewaan itu.

#2. Bahagiakan Diri Anda
Mendengar musik juga adalah salah satu medium untuk menenangkan fikiran kita. Dengarlah muzik-muzik yang membawa unsur yang positif. Unsur yang positif dan muzik yang bersemangat boleh memotivasikan diri anda untuk lebih berhati-hati dan beringat untuk masa akan datang.

#3. Berhubungan dengan Kawan
Pergilah jumpa dan keluar dengan kawan-kawan. Buat apa-apa aktiviti bersama kawan. Anda akan lupa akan masalah ini.

#4. Jauhkan diri daripada Membangkitkan Cerita tentang Kekasih Lama
Elakkan diri daripada membuka kisah lama kerana kisah lama ialah masa silam kita yang hanyalah kenangan lama. Berceritalah hal-hal yang lain yang lebih menyenangkan kita dan membawa kebaikan pada akan datang.

                                  Ingin Tahu Rahsia Khusyuk Dalam Solat? KLIK link di bawah!
 

 #5. Buang Segala Barang Yang Pernah Diberikan Olehnya
Buang jauh-jauh dari pandangan anda. Barang yang lama hanya mengingatkan kisah lama kita dan kita akan sentiasa sayu dengan setiap apa yang terjadi.

#6. Sentiasa Berteman
Di saat anda baru putus cinta, bersegera mencari teman. Kadang-kadang bila kita dalam keadaan lemah semangat, roh kita akan lemah. “Baik aku mati”. Nauzubillah..Siapa iman yang tidak kuat dan teguh, pasti kejadian buruk akan berlaku.

Pernah anda lihat kenapa orang putus cinta bunuh diri? Sebab mereka bersendirian dan murung bersendirian. Keluarlah cari kawan-kawan. Masih ramai yang perlukan anda.

#7.  Maafkan Si Dia
Ramai yang tidak tahu cara ini. Jika anda nak merasa diri anda tenang lepas putus cinta, maafkanlah dia samaada berdepan atau melalui fon. Katakan yang anda maafkan dia sepanjang perkenalan. Buatlah. Anda akan merasa lebih tenang.

Ingat, jangan sesekali pernah rasa nak berdendam. Ini akan buat anda lebih tidak tenang.


Panduan Solat Sempurna & Khusyuk. KLIK SINI kalau rasa bermanfaat..

.

Comments