Tiada Arah Jodoh Kita Sebelum Anda Baca Post Ini!



Pakwe saya dah banyak kali frust dengan sikap saya yang selalu sangat tanya pasal masa depan      kami. "Cukup dulu sayang! Cukup..Cukup..abang dah tak larat.. tak larat nak jawab whatapps mak yang masuk macam lipas terbang ini..duit tunang lagi..Duit nikah lagi..huhuuhu..Tak sanggup abang..bertimbun-timbun kerja abang setiap hari banyak lagi tak siap..Kalau Faz sayangkan abang, tolonglah stop tanya pasal kahwin tu.. Ni dah kena lakukan dua tiga kerja..abang penat..


Petua dalam mendapatkan jodoh soleh sebelum anda memulakan suatu perhubungan.

1. Semua orang mempunyai jodoh masing-masing dan kebiasaanya jodoh itu dekat dengan anda. Jarang orang bertemu jodoh jauh daripada mereka.

2. Jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah dan kita wajib berusaha. Jangan sombong untuk tidak mendoakan lelaki yang soleh, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insAllah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Daya tarikan yang sebenar itu berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk  mencuci hati yang murni. Hindarkanlah perasaan yang negatif terhadap semua orang ini.

4. Sentiasalah cuci hati dengan dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf dan berfikiran positif.

5. Untuk jejaka, tarikan pertama ialah pada pakaiannya. Untuk si Anggun, wajah dan bentukbadan menjadi tarikan pertama. Sentiasa menyiapkan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

6. Si Dia mempunyai perancangan masa depan yang serius dengan anda.

7. Si Dia sentiasa ingin berbaik dengan anda walaupun telah banyak kali berbalah dengan anda.

8. Si Dia ingin sentiasa bersama dengan anda. Berkomitmen dengan anda.

9. Walaupun sibuk dengan pekerjaan, dia akan sentiasa mengutamakan anda sebagai keutamaanya. Walaupun mempunyai masalah tertentu, dia cuba mengambil cakna pasal anda.

10. Dia perlukan anda sebagai pendampingnya untuk masa hadapan.

Faz tahu dia menyimpan harapan kosong..Sudah 6 taon hubungan mereka..Kenapa dia masih lagi begini. Dikepitnya sebagai boneka bukan yang sah. Jikalau dia lelaki, mahu sahaja ditalak habis habisan lelaki sebegini. Sayangnya, hubungan mereka berakhir begini sahaja. Faz Move On.. Mungkin silapnya. Salah pilih lelaki.

Mahu Pikat Lelaki Idaman? Klik SINI!



Artikel Lain yang Menarik untuk Anda Baca:


Comments