Kadang kala kita inginkan seseorang tetapi sayang kita hanya meletakkan angan-angan kosong kerana dia tidak serius dalam suatu perhubungan dan hanya inginkan hubungan yang biasa-biasa sahaja. Oleh sebab itu, bila berhubungan, carilah yang serius supaya tidak membazir waktu hubungan kita dengan dia. Dan, dengan adanya keseriusan itu, kita akan lebih maju ke hadapan dan capai apa yang kita inginkan iaitu gerbang perkahwinan.
Terdapat 3 Cara Cari Jodoh ke Gerbang Perkahwinan:
#1- Serius Baitul Muslim
Bila seseorang itu serius dalam suatu perhubungan, mereka akan sentiasa serius dalam menjaga anda, bertemu keluarga anda, menerima anda seadanya dan ikhlas dengan diri anda. Mereka akan mula menyimpan tabung untuk perkahwinan, bekerja keras, dan sentiasa cuba menyenangi anda.
Teknik Halus Memikat Lelaki! Klik SINI!
#2 - Mendekatkan Diri dengan Orang yang Berpengetahuan Agama
Melengkapkan diri dengan ilmu agama supaya keluarga yang ingin dibina keluarga yang soleh dan solehah. Tanpa agama, sebuah keluarga akan mudah tersimpang, berpecah dan rosak. Dengan berbekalan agama di dada, sebuah bahtera yang dibina akan lebih utuh untuk dikemudi kerana meletakkan Allah nombor satu dalam setiap urusan. Sesungguhnya setiap ujian yang datang ialah dari Allah dan kepadaNya jua kita kembali.
#3 - Jelas Matlamat Perkahwinan
Apabila seseorang faham dan jelas matlamat sebuah perkahwinan, maka mereka akan mencorakkan anak-anak mereka ke arah kebaikan. Sebagai contohnya, anda inginkan anak- anak anda menjadi seorang tahfiz. Maka, anda sudah merancang untuk anak-anak anda untuk menghafaz surah sejak kecil.
Mahu Pikat Lelaki Idaman? KLIK SINI!
Comments
Post a Comment