Sebagai seorang wanita, kita mungkin sedar atau mungkin tidak jika ada mana-mana lelaki sedang jatuh cinta dengan kita. Ketika zaman sekolah dahulu, mungkin kisah cinta setiap orang berbeza. Lebih kepada main-main. Couple sana sini. Seperti tukar baju. Masih mentah dengan perasaan cinta.
Namun begitu, bila umur kita semakin matang dan dewasa, kita boleh mengesan tanda lelaki akan jatuh cinta dengan kita.Tanda Lelaki Jatuh Cinta. Cuma, yang sulitnya, apabila kita menyukai seseorang, dia pula tidak menyukai kita. Dan, lelaki lain pula menyukai kita.
Tips Jimat. Nak Jimat Hingga RM1000 Sebulan? Klik DI SINI!
Walaupun demikian, cinta yang sejati ialah apabila kedua-duanya menyukai, menyayangi dan mencintai antara satu sama lain. Kita boleh mengesan kalau lelaki tersebut menyukai kita melalui tanda-tanda berikut:
#1 Tidak mula menegur/berkenalan
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan apabila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati.
Anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja atau sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya.
#2 Tidak melindungi diri anda
Lelaki akan bersikap protektif terhadap wanita yang disukainya supaya wanita itu berada dalam keadaan selamat. Dia tidak akan lepas pandang terhadap anda selagi anda belum berada di tempat yang selamat. Jika berada di tempat awam, dia akan sentiasa mengawasi anda tanpa anda sedari.
#3 Tidak memastikan diri anda bahagia
Dia suka melihat anda bahagia. Dia akan berusaha menjadi hero kepada anda walaupun dia serba serbi kekurangan. Dia tidak suka melihat anda susah. Oleh sebab itu, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan anda senyum kerana kebahagiaannya adalah melihat anda senyum.
#4 Tidak membantu untuk memenuhi impian anda
Semua orang ada impian. Sama ada dipenuhi atau tidak. Kadang-kadang impian itu tidak terlaksana atasa sebab-sebab tertentu. Apabila impian anda tidak dapat dilaksanakan, dia cuba menyempurnakan impian anda. Dia akan rasa puas dengan berbuat demikian.
#5 Tidak rasa bersalah bila berenggang terlalu lama
Dia bersifat untuk memaafkan terlebih dahulu walaupun dia tidak bersalah dalam masalah yang kalian hadapi. Walaupun berlaku perselisihan dia cepat cool dan bersifat matang dalam memulihkan perhubungan.
#6 Tidak bercakap dengan masa hadapan dengan anda
Pasangan anda akan mula serius tentang perhubungan dan mula berbicara mengenai masa hadapan dengan anda. Mula merancang untuk berjumpa keluarga anda dan mengenali mereka lebih dekat.
#7 Tidak sentiasa ingin dekat
Bila hati dah mula sayang, dia akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja anda pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.
#8 Tidak mengajak keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila dia meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, dia juga tentu mahu mengenali anda dengan lebih rapat lagi. Tentu saja anda akan diajak keluar sambil bertukar-tukar cerita. Walaubagaimanapun anda haruslah berhati-hati kerana dia baru dikenali. Lebih baik bawa teman rapat sekali untuk berkenalan. Hal ini untuk mengelak perkara-perkara yang tidak baik berlaku. Apa yang lebih baik lagi, jikalau dia betul - betul suka anda, terus sahaja berjumpa orang tua anda.
#9 Tidak kerap menghubungi anda
Dia akan cuba bermesej dengan anda walaupun mesejnya tidak mempunyai sebarang isi penting pun. Ada sahaja yang ingin diboraknya. Beringatlah jangan sampai kita lalai dengan bermesej, carilah jalan terbaik untuk menghalalkan perhubungan itu supaya perbuatan itu tidak menjadi sia-sia.
Tips Jimat. Nak Simpan RM1000 Sebulan? Klik DI SINI!
#10 Tidak akan panik jika anda terluka
Jika anda terluka secara fizikal atau mental, dialah orang yang paling risau tentang anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengubat luka anda.
#11 Tidak sentiasa mengutamakan anda
Sebagai contoh, ketika anda ingin minta pertolongan dia untuk lakukan sesuatu, dia akan berhenti dari kerja yang dia lakukan dan tolong anda tanpa teragak – agak. Malah, dia juga akan tolong anda dengan bersungguh – sungguh dan dia juga akan pastikan perkara tersebut diselesaikan dengan segera.
#12 Tidak boleh teka isi hati anda
Seorang lelaki suka akan anda jika dia tahu apa yang anda fikirkan. Dia tahu anda sedang marah, gembira atau apa sahaja mood yang sedang anda ada ketika itu. Bahkan dia juga sedia mendengar masalah anda dan kadangkala dia akan gembirakan anda dengan bermacam cara jika dia tahu anda sedang sedih.
#13 Tidak tahu banyak hal mengenai anda
Dia tahu banyak pasal anda. Apa yang anda suka, apa yang anda tidak suka, semua dia tahu. Dia betul-betul menyukai anda. Maka, hargailah orang sebegini.#14 Tidak memerhatikan anda
Dia melihat anda sewaktu anda tidak memerhatikannya. Dia mengagumi anda. Diaberkongsi perasaan dengan anda.
#15 Tidak Cemburu
Perasaan cemburu ini adalah normal apabila dia menyukai anda. Dia tidak boleh melihat anda-didekati-lelaki lain atau anda menghabiskan masa anda dengan orang lain. Jaga-jaga, dia akan bertanyakan status anda dan megajak anda ke peringkat seterusnya.#16 Tidak mendedahkan perasaan mereka
Lelaki memilih tentang perkara yang mereka dedahkan dan kepada siapa. Perasaan mereka, emosi dan kebimbangan diberitahu kepada yang mereka percaya sahaja. Jadi, kalau anda menjadi tempat dia meluah masalah dan perasaan, maknanya dia mempercayai anda dan anda mungkin mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hatinya.#17 Tidak memilih untuk berkahwin
Apabila di fasa yang serius, dia akan ajak anda untuk kahwin. Kadang, sesetengah orang itu, dia hanya suka teman tapi mesra. Suka hanya sekadar suka. Dan, ada yang suka sampai cinta ke jinjang pelamin. Dan yang akan mencintai anda akan pilih anda untuk jadi suri hatinya. Pilihan itu ada di tangan anda sendiri.
Nak Jimat Hingga RM1000 sebulan? Klik SINI!
Comments
Post a Comment