3 Sebab Cari Jodoh Online Bila Tiada Calon Yang Sesuai



"Penat mencari jodoh sendiri..? Dah berumur 30 tahun.? "- Anonymous


Tidak salah untuk mencari jodoh secara online. Cuma, perlu berhati-hati dengan siapa kita berkenalan.

Dengan teknologi yang serba canggih, banyak sangat penipuan yang dilakukan. Ada yang termakan janji manis lelaki sampai ternoda. Ada yang ditipu duit kononnya untuk kecemasan. Ada yang juga diculik jika tersalah pilih teman.

Bukan nak menakutkan tetapi di paras yang berwaspada.

Mengapa cari jodoh online menjadi pilihan kepada pengguna pada hari ini? Hal ini disebabkan kemurungan yang melanda mendesak seseorang untuk melakukan apa sahaja untuk menghiburkan diri mereka.

Dengan sedikit hiburan itu, mengurangkan rasa gelisah sebagai seorang yang masih bujang. Walaupun hidup bujang ini ada kelebihannya yang tersediri. Namun begitu, hidup rasa kesunyian itu mesti tidak dapat dielakkan.

Kebanyakan mereka akan mencari jalan untuk menghiburkan diri setelah seharian penat bekerja.

Antara forum ataupun website yang menjadi pilihan pengguna ialah Cari.com., www.baituljannah.com, dan www.baitulmuslim.com.

Ada banyak sebab kenapa manusia berubah arah untuk mencari jodoh online. Dan berharap berjumpa calon yang sesuai. Kalau anda pula bagaimana? Cara yang bagaimana menjadi pilihan anda?

Ya. Tidak diakui berkongsi maklumat diri mereka di atas talian juga merupakan salah satu cara untuk kita berkenalan dengan mereka di atas talian. Cari Jodoh

Cuma, kadang-kadang kita pelik mengapa mereka mempromosikan diri mereka.

Betul anda nak taw 3 sebab cari jodoh online?

Jom, saya kongsikan.

#1 Lebih Mudah


Akibat kesibukan kerja yang mendesak, kadang-kadang badan akan cepat letih untuk bersosial. Lantaran itu, dengan menggunakan online, manusia bersosial untuk tambah rakan dan kenal-kenal.

Ada sahaja yang mengepos profil diri, berserta gambar dan berkenalan terus di Facebook. Jika berkenan, terus langsung untuk bertemu dan mengadakan sesi suai kenal.

Bagi mereka yang sudah lama kesunyian seperti andartu, balu, duda dan yang masih berstatus bujang, sememangnya mempunyai keinginan untuk berkahwin dalam mengisi kekosongan hidup bersendirian.

Dengan online, mereka lebih mudah untuk berbicara dan mencari pasangan masing-masing. Hal ini kerana jodoh boleh datang dengan berbagai perkara.


#2 Tambah Pengetahuan Baru


Walaupun kelihatan macam tak penting kerana tujuan anda adalah satu-satunya untuk bertemu calon yang sesuai. Anda secara tidak langsung membaca artikel-artikel yang membina diri anda kepada yang lebih baik.

Artikel-artikel yang berilmiah menjadikan anda lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Daripada pengisian dan pembacaan seperti ilmu kekeluargaan,  ilmu personaliti diri dan pasangan dan ilmu agama untuk membawa rumahtangga yang diredhai Allah.


#3 Ikhlas dalam mencari pasangan


Bila seseorang itu serius, dia akan membuat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diingininya. Keberanian akan datang bila itu satunya keperluan. Yang takut akan menjadi berani bila kita dalam keadaan yang terdesak.

Keikhlasan itu boleh dinilai dengan peribadinya, tingkah lakunya dan tujuan dia berkongsi tentang dirinya kepada umum. Ingin ketahui Rahsia Menjejaki Jejaka? Klik Di Sini


p/s : 1001 Cara Usaha sehingga ke destinasi terakhir.



Artikel Lain yang Menarik untuk Anda Baca:





Comments