3 Ciri-Ciri Lelaki Itu Playboy





Suami anda "macam-macam hal"? Klik SINI!
 


Pernah dengar kisah Playboy Itu Suamiku??

Pelakonnya ialah Fattah Aminn n Chacha Maembong..Motif? Sebenarnya tak ada apa2pun.. Cuma bila kita sebut 'playboy' mesti terbayang serang lelaki dengan ramai perempuan kan?

Biasanya ciri-ciri playboy ni rentak dia lebih kureng sama. Antaranya ialah

#1 - Kaya, Hensem dan Macho


Memang tak dinafikan lagi kebanyakkan lelaki playboy ni mempunyai rupa paras yang hensem, berduit, jaga penampilan, orang cakap lelaki maskulin katakan. Ada juga lelaki playboy rupa yang kurang hensem tapi ayat power baq hang. Sebelum hubungan korang menjadi lebih serius selidik dulu, kaji dan kenal dalam-dalam. Jangan mudah terpikat ok.


#2 - Mulut Manis dan Pandai Berkata-Kata


Playboy? Lelaki yang bermanis kata-kata dan mempunyai ramai kekasih wanita. Ramai wanita terjerat dengan janji manis lelaki. Kelebihan yang ada pada lelaki playboy ni ialah mereka memang mudah mesra, pandai berkata-kata. Kalau bab pujuk rayu ni memang wanita boleh cair la. Kadang- kadang memang susah nak percaya yang lelaki ini nampak jujur, manis jerr. Tetapi, jangan mudah terpedaya dan percaya dengan kata-kata manis, pujuk rayu dan puji-pujian bagai. Kalau betul dia setia, kasi uji dia sikit.

#3 Seorang Yang Pandai Simpan Rahsia


Kalau korang try nak tengok handphone mesti dia tak bagi, siap kunci ada password semua. Memang tak disangkal handset ni kepunyaan privasi masing-masing. Dan, salah jika kita melanggar had privasi tersebut. Namub begitu, ada juga rahsia dan kebenaran disebaliknya. Cewahhh ayat playboy plak, huhuhu. Kalau bab aktiviti harian plak ada ja menipu. bila ditanya pergi main futsal, padahal keluar dating dengan wanita lain. Takut kantoi hantar gambar tengah main futsal kat whatsapp sebagai bukti, tu pun gambar 2 tahun lepas punya.

#4 Mempunyai Banyak Nombor Telefon


Yang ni selalu buatkan wanita marah, call tak jawab, mesej pun tak balas mula la wanita tu nak merajuk. Buat lelaki playboy kes kecik je ni, pelbagai alasan boleh bagi, ayat-ayat power sikit cair la wanita tu. Ada yang pakai dua handphone, satu untuk personal satu lagi untuk pikat wanita-wanita lain. Akal banyak playboy ni pandai pusing juga.


#5 Gemar Bercakap Lucah


Sesetengah lelaki playboy memang gemar bercakap lucah atau bersembang tentang seks, adakalanya lawak dan adakalanya serius bagi mencapai keseronokkan dalam hubungan. So, hati-hati.


Suami anda "macam-macam hal"? Klik SINI!


Artikel Lain yang Menarik untuk Anda Baca:


Comments