Lelaki? Kuat sangat ke? Kalau kuat macam besi aku tabik spring! Tapi Besi pun boleh berkarat..
Lelaki juga seorang manusia. Sewajarnya, mempunyai kelemahan-kelemahan yang akan mengganggu mereka. Antaranya adalah seperti berikut:
#1 Berbicara dengan Wanita yang Lebih Pandai
Wanita yang pandai sangat wajar dihormati. Walau bagaimanapun, dalam perbincangan, kaum lelaki akan rasa lebih kekok kerana merasa bodoh. Tambahan pula, wanita tersebut mempunyai wawasan yang luas sehingga menyebabkan lelaki terdiam kerana kelu tidak dapat membalasnya.
Akhirnya, perbincangan tidak dapat teruskan dan lelaki itu malu dengan kekurangan yang dialaminya.
Jangan rasa bangga dengan kebolehan anda untuk mematahkan setiap hujah lelaki. Kecuali jika dalam sesi perdebatan, semestinya kita inginkan kemenangan. Namun begitu, dalam sorotan kehidupan, lelaki kurang gemar dengan wanita - wanita pintar yang mempunyai prestasi-prestasi yang membanggakan. Bersederhanalah dalam berbicara dan seadanya walaupun anda mempunyai seribu satu hujah untuk diluahkan!
#2 Diketahui menipu
Lelaki jika diketahui telah menipu akan susah untuk mendapat kepercayaan yang kedua. Oleh sebab itu, mereka akan berusaha untuk mengelak daripada terbongkar dengan menipu. Walaupun bukti sudah di hadapan mereka, mereka tetap akan cuba memutarbelitkan untuk mengelak digelar lelaki yang penipu. Mereka akan berasa lemah walaupun pahit untuk mengakui kebenaran itu. Dia juga akan pertahankan diri mereka dengan sebab tersendiri. Dan, dia sentiasa berharap wanita yang ditipunya tidak marah walaupun sudah terang lagi bersuluh. Bagi wanita, buatlah keputusan dengan matang dan bersifat jujur dengan kata hati sendiri. Sentiasalah bersifat kuat dan tunjukkan kekuatan anda supaya tidak mudah ditindas.
#3 Diketahui tiada duit
Ya, lelaki akan berasa sangat lemah jika tidak berduit dan berharta kerana mereka rasa tidak dihargai. Dia akan rasa malu di depan wanita yang mungkin darjatnya lebih tinggi dan kaya. Apalagi kalau sedang kencan dan ternyata uangnya tidak cukup untuk membayari mereka berdua makan. Dia akan sangat malu ketika memeriksa dompetnya yang ternyata kosong atau kurang. Dengan sangat terpaksa, dia harus jujur kalau wangnya tidak cukup pada wanita.
Ingin Pikat Lelaki Idaman? Klik SINI!
#4 Diketahui Menangis
Lelaki tetap seorang lelaki yang mempunyai egonya yang tersendiri. Walhal menangis itu sifatnya normal sebagai seorang manusia. Oleh hal yang demikian, lelaki tidak suka jika tangisan itu diketahui oleh wanita. Hal ini menunjukkan mereka sangat lemah dan cengeng di mata wanita. Sebaliknya, wanita tidak menganggap sebegitu dan bersifat prihatin.
Sifat prihatin itu yang menjadi salah faham lelaki dan bersifat untuk menghindarkan diri. Lelaki yang menangis dianggap tabu dan cukup memalukan lelaki. Cuba melihat lelaki, jarang sekali untuk melihat mereka menangis. Malah, sentiasa tunjuk hero. Sebolehnya untuk mendekati dengan baik dan berkata-kata pun benda yang baik.
#5 Dikasihani
Lelaki cenderung tidak suka kalau wanita merasa kasihan dia. Dia merasa sangat lemah kalau wanita menganggapnya seperti itu. Oleh karena itu, Anda sebaiknya tidak terlalu menunjukkan rasa simpati atau prihatin ketika dia sedang bersedih.Berusahalah untuk membuat dia ketawa jika dia sedang mengalami masalah.#6 Bersaing dengan Lelaki Kaya
Persaingan antara sesama lelaki seringkali membuat lelaki yang tidak terlalu kaya merasa rendah diri dan kalah. Itu merupakan salah satu kelemahan lelaki terhadap wanita yang harus Anda tahu.Ingin Pikat Lelaki Idaman? Klik SINI!
Comments
Post a Comment