Dari Ustaz/Daie Wan..
.
.
Apa maksud jodoh?
.
Jodoh ialah sebuah hubungan antara awak dengan dia.Tapi hubungan ini kan, awak sendiri tahu, sifatnya bukan 'Last long'. Sebab itu tidak kiralah berapa lama pun hidup awak didunia, pasti sama ada dia akan tinggalkan awak dulu atau awak yang tinggalkan dia. Tak kiralah. Awak mungkin berpisah mati ataupun hidup. Bergantung. Tuhan lebih mengetahui.
.
.
Jadi saya nak kalian faham sebenarnya tentang maksud 'Jodoh'.
.
.
Jodoh ialah hubungan awak dengan dia untuk belajar sesuatu tentang kehidupan ni, tentang masalah yang dihadapi dan hikmah ujian yang boleh dipelajari, ujian keluarga pasangan awak, adik beradik pasangan kita, ujian mak mertua dan ayah mertua kita, ujian mencari sesuap nasi bersama, ujian menjadi suami, juga seorang isteri itu sendiri. Menjadi solehah sedangkan suami masih belum soleh.
.
.
Jodoh cuma sebuah perhubungan untuk pasangan tu tempuhi bersama dugaan hidup ni. Berdua lebih kuat dari berseorangan sekiranya betul pasangan itu beriman. Cuma nak ceritanya, jodoh ialah tentang hubungan antara awak dengan sidia untuk sama-sama 'Belajar' macam mana cara sebenar nak 'Bangun' bila dah terduduk dengan macam-macam perkara dalam hidup ni.
.
.
Jadi sama ada awak 'Berkahwin' atau 'Bercerai', jodoh awak adalah jodoh awak. Ia terputus bila perlu, ia tercipta bila tiba.
.
.
Jangan fikirkan literal sahaja maksud jodoh, tapi fikirkan betapa banyak yang awak telah 'Belajar' setelah hidup berjodoh.
.
.
Itu.
Ikhlas, Da'i Wan
Comments
Post a Comment