9 Tanda Lelaki Jatuh Cinta

"Chenta itu buta uolls,..mungkin sahaja kalian tidak menyedarinya, ada yang memerhatikan gelak tawa kalian dari jauh.." - Alia




Aku menyukai yang lain, tapi yang lain datang menyukai aku. Cinta bertepuk sebelah tangan katakan. Sungguh menyakitkan. Kerna chenta itu disimpan. Bukan untuk berkongsi. Aigoo..Tapi, kenapa lelaki lain yang menerpa? Betul ke lelaki ini menyukai diriku?

Hatiku diikat. Susah untuk aku menerima jejaka lain untuk menyinggah. Tapi, lelaki yang aku suka sudah dimiliki lain. YA.. Dan lelaki ini hadir. Sebagai kawan rapat. Mungkin? Tapi.. Kenapa layanan dia sedikit berbeza?

Atau aku yang salah.. Mungkin sahaja aku syok sendiri.

Jom, baca 9 Petanda Lelaki Jatuh Cinta Sama Kamu..

#1 Mula Menegur

Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan apabila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati.

Anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja atau sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya

#2 Melindungi Diri Anda

Lelaki akan bersikap protektif terhadap wanita yang disukainya supaya wanita itu berada dalam keadaan selamat. Dan, dia akan sentiasa memerhatikan anda. Kadang-kadang dia akan mengikuti anda dari belakang tanpa anda menyedarinya sekadar untuk anda pulang dengan selamat.

#3 Memastikan diri anda bahagia

Jika anda bersedih, dia cuba menghiburkan hati anda. Anda bersedih, dia bersedih. Anda gembira, dia gembira.

#4 Membantu untuk memenuhi impian anda

Dia berusaha mecari maklumat apa yang anda minati, dan cuba membantu anda dalam diam.

#5 Cepat Memaafkan Anda

Dia bersifat untuk memaafkan terlebih dahulu walaupun dia tidak bersalah dalam masalah yang kalian hadapi. Walaupun berlaku perselisihan dia cepat cool dan bersifat matang dalam memulihkan perhubungan.

#6 Bercakap dengan Masa Hadapan dengan Anda

Pasangan anda akan mula serius tentang perhubungan dan mula berbicara mengenai masa hadapan dengan anda.

#7 Sentiasa Ingin Dekat

Bila hati dah mula sayang, dia akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja anda pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

#8 Mengajak Keluar

Ini adalah langkah seterusnya bila dia meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, dia juga tentu mahu mengenali anda dengan lebih rapat lagi. Tentu saja anda akan diajak keluar sambil bertukar-tukar cerita. Walau bagaimanapun, anda haruslah berhati-hati kerana dia baru dikenali. Maka sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.


#9 Dia akan panik jika anda terluka

Jika anda terluka secara fizikal atau mental, dialah orang yang paling risau tentang anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengubat luka anda.




^^, Jika bermanfaat, sila tekan button like n share. :)

Artikel Lain yang Menarik untuk Anda Baca:




Comments