KERANA MENJALIN HUBUNGAN SULIT, DIPUKUL SAMPAI MATI


Terpampang di dada akhbar, seorang lelaki berumur 26 tahun dipukul sampai mati akibat menjalin hubungan sulit dengan isteri orang.
.
Dunia ini semakin berputar-putar ceritanya. Apabila berbuat salah, dosa itu tetap akan mengiringi.
.
Cinta itu buta atau lelaki itu yang buta kerana tidak dapat menilai antara batu dan permata?
.
Apa komen anda tentang tajuk berita ini?
.
Berbalik kepada lelaki itu tadi, mangsa dipercayai hanya tidak sedarkan diri dan kemudian dikejarkan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI). Sehinggalah sakaratul maut menjemput nyawa.
.
Kesinambungan itu juga, 8 suspek ditahan termasuk enam orang lelaki dan dua orang wanita. Salah satunya dipercayai isteri orang itu. Apakah simbolik di sebalik peristiwa ini?
.
Lalu aku dapat simpulkan bahawa mencintai salah orang itu hanya akan mengundang malapetaka kepada diri sendiri..
.
Dan, mungkin ramai yang takut untuk mendirikan rumahtangga kerana takut salah berbuat pilihan.. Tidakkah begitu?
.
Tapi, hidup berpasangan ini penting supaya kita tidak bersendirian di dunia ini..
.
Sudah berputus asa?
.
Takut kerana tersilap berbuat pilihan?
.
Maka, hidup ini adalah pilihan.
.
.
.
Jom, teruskan bacaan.
.

"Punca laki orang or bujang skandal ngan bini orang..cinta takkan ke jinjang pelamin."

.
.
"Maybe lelaki itu suka cabaran.."
"..yang berkahwin lebih attractive, lebih matang dan mengancam."
"..anak dara ini clingy, bini orang sponsor bila makan.."
"..puncanya sbb bini org tu spesis gatal..xpuas ngan laki sdiri..yg laki bujang pulak, dpt sedap..pastu xyah bg komitmen apa2..zaman smartfon ni lg senang nk berskandal..benda ni jadi kt jiran aku sdri.."
.
.
Pelbagai akibat yang akan kita perlu hadapi jika tersalah pilih lelaki sebagai calon..

#Bagaimanakah penanda memilih seseorang calon? 

.
.
Bagi golongan lelaki, mereka akan menilai bakal isterinya
Bagi golongan lelaki, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”
.
.
Hadis ini telah direkodkan oleh kedua-dua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.
Berdasarkan ini, kita sudah dapat lihat bahawa Rasulullah SAW telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.
.
.
Bagi golongan wanita pula, Rasulullah telah mengenakan 2 syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlaku fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”
.
.
.
Andaikata anda mencari yang kacak, berdoalah dipertemukan jodoh dengan lelaki yang kacak dan soleh.
.
.
Andaikata anda mencari yang berduit, berdoalah dipertemukan jodoh dengan lelaki yang berharta dan soleh.
.
.
Andaikata anda mencari yang biasa-biasa sahaja, berdoalah dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik dan soleh.
.
.
Andaikata anda mencari kesempurnaan kesemuanya, maka bersyukurlah dan melengkapkan diri ketidaksempurnaan itu, kerana yang akan melengkapi adalah dari tidak yang sempurna juga.
.
.
Berminat untuk ketahui Rahsia Menjejaki Jejaka? Klik di sini



^^, Jika bermanfaat, sila tekan button like n share. :)

Artikel Lain yang Menarik untuk Anda Baca:

Comments