AKU DIHALAU KELUAR SELEPAS SI SUAMI BERBANGSA SPAIN TAHU AKU MENGANDUNG

"So mlm ahad tu tgh aku scroll2 fb nmpk la satu suggestion minah ni...aku xtau pun sape...aku tergerak hati nak cek profile pompuan tu...sekali tgok dia post gmbar dgn laki aku..." – Mangsa Suami Spain Kayu Tiga
.


.
.
Cerita dia mcm ni...aku dengan laki aku pjj selama ni..then last month aku pindah Spain sbb nk dkt dengan dia...
.
Aku orang Malaysia. Dan, suamiku berbangsa Spain. Mula-mula aku dan dia tiada masalah apapun. Bahagia mungkin. Sampaila suatu hari, aku tergerak hati nk check phone dia. Sekali aku terjumpa whatsapp dia dengan minah saleh lain, tapi dia cakap kawan jer. Aku sangsi. Tapi, hanya mendiamkan diri.
.
.
Bukan mudah untuk aku percaya. Tapi, aku juga masih sayangkan dia. Isu itu aku diamkan sahaja.
.
.
Sampaila pada suatu hari, aku muntah-muntah. "Mungkinkah aku mengandung?"
.
.
So, aku syak aku preggy. Aku cakap dengan dia. Tapi, apa yang dijawabnya ialah dia xready nak ada anak.
.
.
Aku sedih gila.
.
.
Malam ahad tu tgh aku scroll2 fb nmpk la satu suggestion minah  ni...aku xtau pun sape...
.
.
Aku tergerak hati nak cek profile pompuan tu...sekali tgok dia post gmbar dgn laki aku...
.
.
Tapi, laki aku ckp tu kwan je..kwan tpi siap bg emas...bday aku pun dia bg beg je...aku sedih gila..
.
.
Kitorang gduh till dia halau aku keluar dr rumah...aku dah la sorang diri dkt spain ni..aku xtau nak buat apa lagi..aku betul2 lost n feel alone..aku xmkn apa sejak dr semlm...xmnum apa...xboleh tido..till aku ambik sleeping pil pun xboleh tido..
.
.
.
Mungkin sesetengah takkan prcaya dengan kisahh aku. Tapi, inila yang aku alami berada di tengah-tengah Spain. Parah lagi, dihalau oleh suami sendiri. Aku buntu. Aku benar-benar buntu.
.
.
Jom, baca seterusnya.
.
.
Cadangan Tindakan  Apabila Ditinggalkan Suami Asing di Negara Orang
.
.

#1 Berhubung dengan Mertua Anda

.
.
Setiap kesusahan pasti ada kesenangannya. Atas pendapat orang lain, aku berhasrat untuk menemui mertua aku terlebih dahulu. Ya. Anak lelaki kesayangan mereka bermain kayu tiga. Walaupun bukan mudah untuk menceritakan segalanya. Tetapi, aku perlu memberitahu kecurangan dan kelakuan anaknya. Itupun kalau mertua aku masih pedulikan aku. Tapi, tak salah mencuba kan? Anak dalam kandungan darah daging mereka juga.
.
.

#2 Kembali ke Tanah Air Sendiri, Malaysia

.
.
Ya, aku akan pulang ke Malaysia. Walaupun aku rasa senak dengan masalah dengan apa yang aku alami. Aku perlu pulang ke Malaysia. Di Spain ini aku tiada sesiapa. Aku tidak kuat berada di sini. Aku perlu fikirkan masa depan aku, anak dan apa yang perlu aku lakukan pada masa aakan datang. Sukarnya.. Walaupun terbayang untuk membunuh diri tetapi, aku masih tahu itu dosa besar. Aku hanya perlu kuat. Apapun, aku mesti pulang ke Malaysia.
.
.

#3 Muhasabah Diri Balik

.
.
Mungkin aku tidak boleh berharap lagi kepada lelaki bergelar suami. Mungkin banyak kesilapan yang telah aku lakukan. Ya Allah, bagilah aku redha dengan setiap apa yang berlaku. Berilah aku kekuatan. Aku kena kuat untuk menghadapi semua ini.
.
.
Kesimpulannya, setiap coretan ini adalah sebahagian cadangan tindakan untuk membantu mereka yang mengalami kesukaran tersebut.
.
.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu(ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehinggalah berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya:Bilakah (datangnya pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama aAllah). (Al-Baqarah:214).
.
.
Berminat untuk ketahui Rahsia Menjejaki Jejaka? Klik di sini



  

Comments