"Duit saya lesap 40k..xtahu lagi mana mau cari dia, janji akan menghubungi saya setelah selesai membayar duit pembelanjaan hospital ayahnya. Tetapi sampai sekarang x call.saya menyesal"-Mangsa Love Scam
Terpampang di muka Berita Harian mengenai Wanita kesunyian, berdepan masalah keluarga atau kematian suami yang meninggalkan harta menjadi sasaran mudah sindiket untuk mengaut keuntungan dengan menggunakan identiti palsu.
.
Adakah anda orang itu?
.
Teruskan bacaan.
.
Terlampau mudah untuk mengasihani dan termakan pujuk manis lelaki waima lelaki itu tidak dikenali sama sekali.
.
Bukan itu sahaja, ramai wanita yang sudah bersuami juga mudah terpikat dengan pujukan romantik mereka sehingga sanggup melakukan apa saja diarahkan termasuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun diberikan sindiket selepas terperangkap terbabit.
.
Malah, ada juga wanita dijadikan sebagai ‘keldai akaun’ kepada sindiket terbabit yang sebilangannya dikenali melalui media sosial terperangkap dengan ‘ayat cinta’ bagi mengumpan mangsa sehingga akhirnya terpaksa kerugian beratus ribu ringgit.
.
Oh wanita!
.
.
Jom teruskan bacaan..
.
Kenali 5 Tanda Si Dia adalah Love Scammer
.
.
Ciri #1 - Mula mengajak anda untuk berjumpa
.
“Penjenayah siber lazimnya akan menyamar menggunakan gambar berwajah ‘Mat Salleh’ yang kacak, tetapi sebenarnya ‘Pak Hitam’ yang menggunakan kata-kata romantik untuk memerangkap wanita sebagai sasaran,”. Wanita mudah tertarik dengan rupa seseorang. Lalu melayan orang tersebut walaupun pada mulanya hanya bermain-main. Seterusnya, apabila sudah kebiasaan, penjenayah siber tersebut akan memasukkan jarum dengan mengajak wanita tersebut keluar..
.
Ciri #2 - Mula menceritakan masalah yng dihadapi
.Ketika anda telah mempercayai kata-katanya, dia akan memujuk dengan meminta wang daripada anda! Nampak macam mudah..tetapi dalam situasi untuk meminta belas kasihan, dia akan mendekati anda dengan ayat-ayat memujuk. Wanita yang mudah untuk belas kasihan dan percaya akan cepat terpedaya! Waspada.. 40k boleh lesap begitu sahaja..Kalau dah terkena, cinta hilang duit pun hilang.. Mana nak claim duitnya??
.
.
Ciri #3 - Pandai mengambil hati anda
.Wanita yang kesunyian mudah untuk didampingi. Hal ini disebabkan dia perasaan kesunyian dan perlukan seseorang untuk berbicara. Apabila mereka selalu keseorangan, penyakit murung melanda. Dan, bila jiwa yang kosong terisi, itulah virus cinta yang menghidupkan diri anda. Namun begitu,waspada!
.
.
Ciri #4 - Janji-janji sudahpenjenayah siber
.Wanita sentiasa meletakkan emosi terlebih dahulu. Bagi memenuhi keperluan emosi seorang wanita, maka ayat yang betul perlu. Antara ayat-ayat yang manis yang sering digunakan ialah..
.
"Aku akan selalu bersamamu saat kau memerlukan."
“Aku akan selalu membahagiakan hatimu.”
“Aku berjanji akan menikahimu.”
“Istriku akan kuceraikan.”
.
.
Ciri #5 - Sentiasa Meluangkan Masa dengan Anda (Parah..setiap masa)
.
Bila sudah menemui umpan, pejenayah ini akan sentiasa bermesej dengan anda. Pada mulanya hanya main-main, lama-lama dia akan cuba jadi hero dalam apa keadaan yang anda alami. Mungkin pada ketika ini, anda tidak tidak akan kisah dengan orang sekeliling anda. Anda akan sentiasa menyendiri kerana ingin meluangkan masa dengan penjenayah ini.
.
.
Awas! Berhati-hati dengan penjenayah Love Scam!
.
Wahai wanita, carilah cara yang sesuai supaya imamnya menjadi pembimbing dirimu.
.
.
.
-Eli Lond
^^, Jika bermanfaat, sila tekan button like n share. :)
Comments
Post a Comment