Ina mengeluh
sendirian mengenang nasibnya. Dia mengusap bayi dalam kandungannya. Anak mereka
yang sulong.
Setahun yang
lalu, mereka berkahwin. Perkahwinan yang diaturkan keluarga menyatukan mereka
berdua. Ya!Dia bertemu di dalam perkahwinan tanpa
mengenali lebih lanjut tentang suaminya. Dia merenung nasibnya. Ina tidak menyalahkan takdirnya. Cuma dia endah tak endah sahaja dengan suaminya itu. Tetapi, itu dulu. Selepas dia mengenalinya, dia jatuh cinta. Benarlah.. Tak taaruf maka tak cinta.
Tapi..
Tapi..
“Sudah
hilangkah erti cinta kepadanya?”
Penat
rasanya ditanggung sendirian. Suaminya sudah lain. Suaminya bekerja sebagai askar. Bekerja tanpa menanyakan
berita tentangnya sedikitpun. Hari-hari
dia mengusapi anak di dalam perut. Resah dengan setiap dugaan yang datang. Dia bersabar dan terus menerus berdoa. Hidup
ini tidak mudah. Dia kena kuat. Demi anak. Dia akan melindungi anak kecil ini
walau apapun yang terjadi.
Disebabkan
suaminya jarang mengambil kisah akan dirinya, dia terpaksa mengubah cara. Dia
nekad untuk menelefon suaminya hari-hari.
Tetapi, kenapa?Kenapa dia cepat sangat berubah?
Bagaimana
dia ingin menjaga anak kecil pada hari-hari yang mendatang?
Menurut tarikh jadual bersalin yang diberikan doktor, Ina akan bersalin pada minggu hadapan. Namun, jangkaan dia meleset sekali. Tempoh bersalinnya seminggu lebih awal. Seusai kerja
di pejabat selaku akauntan. Dia merasa perutnya sakit. Seakan-akan tiba
waktunya. Sakit yang amat. Dia menggagahkan diri dan meminta rakan sepejabat untuk menghantarnya
ke hospital.
Selawat,
zikir dan ayat-ayat suci AlQuran dibacanya terkumat kamit. Seluruh badannya
rasa penat tetapi dia perlu menyelamatkan nyawa bayi kecilnya. Dia tahu dia
bersendirian. Tanpa suami di sisi. Dia kena kuat. Dipanjatkan doanya kepada
Ilahi agar persalinan itu berjalan dengan lancar.
“Puan, harap
bersabar, bayi puan terkena jangkitan kuman.”
Ina tidak
dapat menahan sebaknya.
“Irshad
kuat..Anak ibu kuat. Ibu sentiasa di sini bersama-sama dengan adik. Kuatnya
nak. Ibu tak akan kemana-mana.”
Suaminya masih belum datang. Dia sedih. Sembilu hatinya
dengan keadaan yang dialaminya. Digagahinya juga demi anak tercinta. Terasa lemah longlai dengan situasi yang dialaminya. Apa punca yang menyebabkan suaminya menjauhkan diri?
Sepanjang
9 bulan..
Ina cuba
bermanja-manja dengan suaminya. Sudah berjauhan. Maklumlah suaminya askar.
Tidak kerap mereka berjumpa. Hanya dua kali seminggu dan hujung minggu sahaja. Sejak
mengandung ini, dia sering kepenatan. Terpaksa berulang alik dari tempat kerja
di Kuala Lumpur ke Rawang. Oleh disebabkan selalu kepenatan dan terpaksa
memandu ulang alik ke rumah mertuanya, dia nekad untuk mencari rumah sewa. Dan,
pada hujung minggu dia akan pulang ke rumah mertuanya.
Mertuanya
sangat baik. Dilayani baik. Cuma.. anaknya.
Anak
lelaki mereka merangkap suaminya dan selaku kepada anak yang bakal dilahirkan.
Tiada perasan ambil berat terhadapnya. Macam-macam dia lakukan untuk meraih
perhatian si suami. Tetapi seperti dirinya hanya syok sendiri. Sudah hilangkah
cinta ?
Setiap
malam dia akan menelefon suaminya. Berbagai-bagai cerita dia bercerita, mengadu
itu ini, mengomel tentang bayi mereka, tempat kerja,ibu dan ayah dan
sebagainya. Respon yang diberikan suaminya acuh tidak acuh.
Apa salah
aku sebenarnya. Dia tak nak kehilangan sebuah keluarga yang baru sahaja dibina.
Dia
inginkan suaminya kembali.
9 bulan
ini..
Berlaku
perubahan pada dirinya.
Dia
semakin hitam.
Dia
semakin hodoh.
Dia
semakin gemuk.
Dia
semakin tidak terurus.
Dia semakin berjerawat.
Dia semakin berbau.
Dia semakin berjerawat.
Dia semakin berbau.
Ini bukan
dirinya.
Ina
melihat dirinya di cermin.
Jelik.
Dia benci
akan keadaan dirinya..
Mungkin
disebabkan mengandung, dia mengalami banyak perubahan dalam dirinya.
Ibu
sayang anak ibu.
Ibu akan
kembalikan ayah kepada kita.
Ina tahu suaminya
semakin menjauh.Ina tahu suaminya cuba mengelak akan dirinya. Ina tahu mesti ada yang kurang pada dirinya. Ina tahu bukan niat suaminya untuk menipu. Ya! Hakikat sebagai wanita! Tapi dia berhak untuk mencari kebahagiaanya sendiri.
Bagaimana
dia ingin pikat suaminya kembali?
#1 Tidak Pakai Wangi-wangian
Tiada sesiapa yang tidak suka wangi-wangian. Bahkan bau losyen juga sangat memberi ketenangan kerana baunya yang segar dan wangi. Sebagai seorang wanita, menjaga bau badan sangat penting untuk mengeratkan hubungan laki bini. Cuba periksa bau badan anda. Jika berbau berlebihan, kurangkan makan makanan seperti bawang putih. Hal ini disebabkan badan yang berbau akibat daripada makanan tertentu.
#2 Tidak Jaga Kebersihan Diri
Kebersihan diri ini mencerminkan peribadi kita yang macam mana. Memang nampak remeh. Tapi, penjagaan diri sendiri sangat penting. Udara yang tidak segar boleh menyebabkan badan dan wajah kita dikelilingi udara kotor. Hal ini memblokkan kulit kita untuk berafas dengan baik. Daki-daki badan mestilah dibersihkan dengan penggunaan sabun yang betul. Dirinya yang kotor juga akan menjadi punca suami lari daripada kita.
#3 Tidak Bertolak Ansur
Dalam sesuatu perhubungan, kefahaman dan tolak ansur sangat penting. Belajar untuk bertolak ansur dengan pasangan anda. Sebagai contohnya, anda inginkan perhatian suami anda 24 jam, menelefon anda sentiasa. Ataupun, anda inginkan sesuatu, tetapi suami anda tidak dapat penuhi akibat ketidakmampuan. Belajarlah untuk menerima suami anda sahajanya.
.
.
Adakah anda masih single? Berminat untuk ketahui Rahsia Menjejaki Jejaka? Klik Di Sini
.
.
Adakah anda masih single? Berminat untuk ketahui Rahsia Menjejaki Jejaka? Klik Di Sini
^^, Jika bermanfaat, sila tekan button like n share. :)
Artikel Lain yang Menarik untuk Anda Baca:
- Tiada Arah Jodoh Kita Sebelum Anda Baca Post Ini!
- Bosan Tak Tau Nak Cari Bkl Husbenn.. 9 Tips Awek Kedah Cari Jodoh
- Sis Masih Solo? Di Sini Ada Doa Mustajab Jodoh. Moga Bertemu Jodoh yang Soleh.
- Apa Maksud Jodoh?
- Sis, Nak Tahu 6 Tanda Kelemahan Lelaki?
Comments
Post a Comment