Pang!!! “Tu
baru sikit.. Saja nak test..”
Aku sebagai
terakan terkejut dengan apa yang aku alami. Pedih. Panas. Sakit. Ngilu. Pipiku
aku ditampar keras oleh lelaki itu. Tidak kuduga, perilaku dia sebegini. Tinggal
lagi sebulan lagi tarikh perkahwinan kami. Saakit. Aku ingin menangis. Tetapi
tidak keluar air mata. Sampai hati lelaki ini buat begini kepadaku. 4 tahun
hubungan kami. Kenapa ??
Orang lain
juga menjalinkan hubungan cinta bertahun, mereka bersatu sahaja..
Kenapa baru
sekarang?.
Aku mengenang kembali kejadian malam itu.
Malam itu
kami berlaku sedikit perselisihan pendapat di mana aku hanya meluahkan
pendapatku.
Tapi, itu dengan kadar perlahan. Aku betul-betul berkata-kata
dengan suara yang perlahan. Ya! Aku tidak berniat untuk melawan. Melawan bukan
cara ku. Kalian juga faham perasaan aku bagaimana? Tiba-tiba sahaja, ex-tunang
aku ini meninggikan suara. Seperti dirasuk.
“Kau dah
pandai melawan sekarang?”
“Tak, bukan
begitu..”
“Kau pernah
rasa kena penampar tak?”
Aku diam.
“Meh aku
bagi kau rasa..”
Pang!!!
Aku mengurut
pipi dan mataku. Suasana malam itu seakan bisu. Walhal, keliling aku penuh
keriuhan orang ramai. Kereta aku itu di parking berdekatan dengan kedai makan
itu. Cuma, agak terlindung sedikit.
Apakah
kesalahanku cukup besar?
Yang paling
aku tidak menyangka setelah tamparan padu itu, extunang aku berani mengajak aku
keluar makan. Seperti tamparan itu seperti biasa sahaja. Tak rasa apa-apakah?
Kurang ajar malaun..
Berani
engkau ajak aku keluar makan setelah menamparku?
Dasar lelaki
tak berhati perut..
Aku ingin
teriak tetapi tiada suara yang keluar. Lelaki itu keluar bertemu dengan teman lelaki-lelaki
yang lain. Yang juga merupakan temanku jua. Sebenarnya, kami bekerja pada syarikat
yang sama. Dan, malam itu, kami keluar ramai-ramai setelah mengikuti suatu
kelas yang diadakan syarikat.
Berbalik
kisah tadi, semuanya berlaku begitu pantas.
Extunang aku
ini giler ke nak suruh aku keluar makan dengan keadaan kesan lebam di mata?
Giler…
Apa orang
cakap nanti dengan mata lebam macam ni..?
“Nanti
keluar dari kereta, awak tunjuk muka awak dekat setiap kawan kita, biar diorang
tahu perangai awak ini macam mana.. Dan perangai saya macam mana..”
Aku hanya
mampu diam.
Sakitnya ditahan.
Dia hanya ingin pulang. Dia tidak pernah menyangka semua ini.
Keesokan
harinya, atas saranan daripada kawan-kawan yang rapat, aku membuat
laporan polis. Polis mengambil segala maklumat apa yang telah terjadi.
Kemudian, polis menelefon extunang aku. Dia dikehendaki ke balai atau polis
sendiri yang akan menangkapnya.
Aku takut.
Tapi, aku tidak boleh berdiam diri. Atas seksyen ke berapa entah, aku tidak
dapat ingat.. Dengan mata lebam ini, extunang aku ini boleh dikenakan tindakan
mahkamah dan dikenakan denda RM1000 kerana bahagian mataku lebam. Mengikut
kisahku ini, polis memberi aku dua pilihan iaitu selesai cara baik atau dikenakan
tindakan mahkamah.
Bila
difikirkan balik, hatiku panas dengan perangai barannya. Tetapi, akal warasku
masih mampu menguasaiku. Aku boleh sahaja menggunakan pilihan kedua. Atas
sedikit ihsan, extunang aku ini bakal kehilangan punca pendapatan, nanti nak
makan apa pulak? Lalu aku mengambil
keputusan pilihan pertama.
Extunang aku
datang ke balai. Dengan kuasa veto polis, extunang aku diberi surat amaran.
Dan..ermm
Hubungan
kami putus.
Oh ye..aku
terlupa. Setelah laporan itu, aku ke hospital untuk pemeriksaan.
Alhamdulillah,
aku bernasib baik tiada berlaku apa-apa kecederaan di kepalaku. Hanya lebam
sahaja. Doktor memberiku ubat sakit. Makan. Seumpamanya..
Ya.
Perhubungan yang bertahun bukan lagi jodoh.
Dalam waktu
yang sama, aku bersyukur kerana diberi petanda awal sebelum menerima lelaki itu
sebagai suamiku.
Lelaki baran..
Dan ketika
itu, masih kecoh kisah Ziana Zain yang menuntut fasakh atas penderaan yang
dilakukan suami terhadap anak-anaknya.
Kejam.
Sanggup mencilikan di kemaluan anak-anak sendiri. Luar kelihatan baik. Tetapi,
di dalam tak tahulah..
Nauzubillah..
Aku
bersyukur.
Pengajaran bagiku untuk masa hadapan.
Kini, aku kongsikan.
Pengajaran bagiku untuk masa hadapan.
Kini, aku kongsikan.
5 Ciri-ciri Lelaki Baran Zaman Millenium
#1 Biarkan Dia Menunggu
Cuba uji dia jika anda terlewat dalam suatu pertemuan/perjanjian. Adakah dia akan melenting? Marah-marah sehingga perkara kecil pun dibesarkan. Lelaki baran susah untuk bersifat penyabar kerana amarah mengawalnya.
#2 Cara Dia Mengawal Masalah
Cuba juga untuk perhatikan dia apabila dia berhadapan masalah. dia akan Kebiasaannya dia akan cepat marah dan menyalahkan orang lain setiap masalah yang dihadapinya. Setiap katanya lebih pedas dan berbisa. Jika dia hilang kesabaran, dia mugkin akan cepat tertekan dan melepaskan tekanan kepada orang sekelilingnya.
#3 Kuat Cemburu
Kuat cemburu ini sangat berbahaya jika tidak dapat dikawal dengan baik. Lelaki baran ini tidak akan berfikiran panjang dalam setiap tindakan. Dia akan membuat apa sahaja untuk memastikan kekasih hatinya hanya untuk dia.
Jangan pelik jika ada pergelutan, perselisihan dan segala bentuk ancaman jika berlakunya dalam suatu perhubungan. Hal ini kerana amarah telah mengawasi mereka menyebabkan mereka akan bertindak luar kawalan kepada sesiapa yang cuba merampas kekasih hatinya.
**************************************************************************
Mungkin masih diberi kesempatan untuk aku memilih lelaki sebagai calon suami. Belajar mengenali ciri-ciri lelaki yang baik, berusaha menjadi yang baik dan Allah pasti memberi yang terbaik. Tiada apa yang lebih baik selain terus berusaha mencari terbaik.
- Eli Lond
^^, Jika bermanfaat, sila tekan button like n share. :)
Artikel Lain yang Menarik untuk Anda Baca:
- Tiada Arah Jodoh Kita Sebelum Anda Baca Post Ini!
- Bosan Tak Tau Nak Cari Bkl Husbenn.. 9 Tips Awek Kedah Cari Jodoh
- Sis Masih Solo? Di Sini Ada Doa Mustajab Jodoh. Moga Bertemu Jodoh yang Soleh.
- Apa Maksud Jodoh?
- Sis, Nak Tahu 6 Tanda Kelemahan Lelaki?
Comments
Post a Comment