Bagaimana Saya Boleh Bantu Janda Cari Jodoh Kurang 3 Bulan


    Kedengaran seperti tidak realistik tetapi pernahkah anda mencuba seberapa banyak cara dalam            meluaskan perkenalan anda?

    Jodoh itu rahsia Allah. Kita merancang namun kita terserah kepada Allah untuk menentukan siapa      jodoh kita.

    Walaupun perkahwinan pernah musnah, itu bukan menghalang anda untuk mencari jodoh baru.          Manusia sentiasa berbuat silap dan belajar dari kesilapan yang lalu.

    Ada yang mengatakan mustahil. Tetapi apabila niat, usaha, dan kemudian tawakkal yang betul,            Allah akan memudahkan jalan kepada yang betul. Kita merancang tetapi perancangan Allah lebih      baik.

    Salah satu sebab ramai yang masih pada keadaan sama ialah mereka malu untuk memulakan.              Akhirnya, mereka juga mengalami kemurungan dan hidup tidak bahagia.

    Anda nak tahu cara janda cari jodoh kurang 3 bulan?

    Jom. Saya kongsikan.

   #1 Memulakan perkenalan


    Memulakan ini perkenalan ialah kita kita mengenali keluarga mereka. Tidak perlu secara teliti.            Cukup kita mengenali suasana keluarga, ahli keluarga, peribadi dan budaya keluarga.

    Apabila berlakunya daya tarikan fizikal antara lelaki dan perempuan, mereka akan mempunyai            keinginan untuk kenal lebih dekat. Tak kenal maka tak cinta.

    Seperti juga perkenalan pandang pertama. Mungkin juga perkenalan yang berkali-kali. Bergantung      kepada anda ingin mengenali pasangan bagaimana.

   Sebaik-baik pasangan ialah mereka sanggup menerima pasangan mereka seadanya.

   #2   Jodoh kebiasaanya orang yang dekat dengan anda

   Mungkin anda tidak perasan selama ini.  Cuma anda kena mencarinya. Teruskan berkenalan, 
   bergaul dan berusaha bertemu orang yang selayaknya. 

   Petanda jodoh ini dapat dilihat apabila kita tenang bersamanya, menerima seadanya, sentiasa               memberi motivasi antara satu sama lain, boleh memaafkan, dan membuatmu berhenti mencari             yang lain.

   Mungkin sahaja kawan sepermainan anda dulu, jiran tetangga, pertemuan di walimah, dan mana-       mana sahaja asalkan anda niat yang halal keranaNya.



  #3 Bergaul dengan orang masjid, baitul muslim dan agensi             yang seumpamanya

 Kebiasaannya kaki masjid ini mempunyai ahli jawatankuasa yang menguruskan perkenalan antara pasangan. Mereka akan mempertemukan pasangan yang sedang mencari. Sama sahaja, untuk tujuan saling mengenali. Jika kedua-duanya bersepakat, maka terus ke hubungan yang halal.

Sentiasalah menyelidiki setiap pasangan anda dengan sebaiknya. Carilah segenap info daripada teman-temannya, ahli keluarganya dan saudaranya supaya pilihan kita itu dapat membimbing kita ke syurga.




   

Comments