Diorang Gelakkan Saya Bila My Jodoh Tak Jadi Kahwin



"Kewangan menjadi punca beliau masih belum menamatkan zaman bujangnya."-Hafiz Aziz 


Bukan Hafiz Aziz sahaja yang mengalami masalah yang sama. Tetapi ramai lagi yang mengadukan masalah tersebut.

Berikutan kegawatan ekonomi, kebanyakan lelaki sukar untuk membuat suatu keputusan apabila ingin mendirikan rumah tangga.

Mereka inginkan kebebasan kewangan supaya mampu untuk menyara keluarga, isteri dan anak-anak nanti.

Akibat ramai yang bertanya, saya ingin membuat keputusan untuk berkongsi dengan anda semua. Semoga bermanfaat.

Berbalik kepada topik asal..

Setelah saya teliti sebahagian golongan bujang yang mengalami masalah kewangan ini, terdapat 3 punca utama mereka masih lagi bujang.

Kebanyakan mereka yang berhasrat untuk berkahwin, mereka akan mengalami masalah yang sama.
Nak taw 3 punca kesilapan mereka ini?

Jom kita tengok, 3 punca mereka mengalami masalah kewangan dalam membina rumah tangga.


#1 Gagal merancang untuk menabung 

  
Menabung maksudnya di sini ialah merancang penabungan kecemasan, kahwin, duit ibu bapa, duit makan bulanan, dan sebagainya. Berjimat cermat dalam soal pembelian. Kena bezakan keperluan dan kehendak. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Contoh - Gaji anda adalah RM2100. Anda kena bahagikan duit anda kepada beberapa bahagian.

Tabung kecemasan- RM200
Tabung kahwin - RM400
Duit ibu bapa - RM200
Duit makan bulanan - RM250
Duit Pengangkutan - RM200
Duit perbelanjaan- RM300
Duit Sewa Rumah - RM400
Duit diri sendiri - simpan untuk diri sendiri juga

Apabila anda sudah menabung dan istiqamah melakukannya, duit kahwin dapat dikumpul dengan sebaiknya. Jika anda ingin mengumpul dengan cepat dan banyak, bisnes merupakan jalan cepat jika dilakukan dengan cara yang betul.

#2 Mindset kena ada duit banyak bila berkahwin


Islam itu mudah. Cuba mengambil langkah mudah, berbincang dahulu dengan keluarga pihak perempuan. Bila kita mulakan pendekatan yang baik, semuanya mudah. Jika pasangan itu belum mampu, cukup membuat walimatul urus sekadarnya.

 Contoh 1 - Buat majlis akad nikah di masjid dan makan-makan di masjid.
 Contoh 2 - Potong bajet dengan mengurangkan ahli jemputan ke majlis kahwin.
.
.
Ingin ketahui Rahsia Menjejaki Jejaka? Klik Di Sini!

#3 Tidak menuntut ilmu kewangan


Ilmu kewangan ini meluas. Kena pandai bezakan liabiliti dengan aset. Jika anda merasakan menggunakan kereta menghabiskan duit anda dengan minyak, tol, servis kereta dan sebagainya. Anda harus menukar cara pengangkutan anda untuk ke mana-mana destinasi. Menggunakan motor atau naik kenderaan awam bukankah lebih menjimatkan?

P/s: Kadang-kadang bukan mereka tak mahu tetapi mindset yang berbeza. :)

Comments